SK Sungai Puyu (SKSP) bermula dengan sejarahnya sebelum
tahun 1898 dengan adanya 2 buah sekolah yang didirikan oleh penduduk tempatan. Pada
tahun 1932 kerajaan telah membeli sekeping tanah di Lot 889, Mukim 9 SPU,
seluas 3 ekar 2 rod 38.4 pol di Kampung Benggali. Pada tahun 1934, sebuah Sekolah
separuh kekal dengan 4 bilik darjah dan 2 buah rumah guru didirikan. Sekolah ini
dibuka pada bulan Januari 1935. Sekolah lama dijadikan Sekolah pertukangan (cap
mengecap kain).
Pertengahan tahun 1935, bangunan Sekolah pertukangan dan
rumah guru dipecahkan dan didirikan pula di atas tanah lot no: 899 bersama-sama
sebuah rumah guru. Individu yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah Tuan Guru
Haji Hassan bin Haji Saad (Alor Merah), Tuan Ahmad bin Arshad (Sungai Lokan),
Tuan Haji Saad (Permatang Tok Jaya), Tuan Puteh bin Karsa (Bagan Lalang), Tuan
Andar Ali bin Hasan Ali (Permatang Kuching), Tuan Babji bin Kurban Ali (Kampung
Benggali) dan Tuan Shafie bin Haji Md. Taib (Paya Terbakar).
Merekalah yang telah mendesak kerajaan untuk mendirikan Sekolah
ini dan akhirnya kerajaan pun mendirikan sebuah Sekolah di atas Lot No. 54,
Mukim 14. Setelah didirikan pada tahun 1898 kerajaan telah mentadbir dengan
memberi gaji kepada guru-guru, alatan kerusi meja, buku-buku pelajaran dan
sebagainya.
Keramaian biasanya diadakan pada bulan Safar dan Guru Besar
sering meminta kerjasama daripada ibu bapa dan Pertubuhan Kelab Darul Muhibbah,
Sungai Puyu.
Pada masa pemerintahan Jepun, bangunan Sekolah dan rumah
guru ditutup kerana dijadikan stor menyimpan senjata dan makanan.
Setelah Inggeris memerintah semula Sekolah ini tidak dapat
dibuka kerana bangunannya rosak dan padang berkolam-kolam kerana dijadikan
kubu-kubu pertahanan. Penduduk kampung bergotong-royong membaiki semula bangunan
Sekolah dan akhirnya pada 10 Disember 1945 sekolah ini dibuka semula.
Mengikut siasatan pada tahun 1898 seramai 5 orang guru
ditugaskan mengajar seramai 150 orang murid. Pada tahun 1935 apabila bangunan Sekolah
dipindah ke Kampung Benggali seramai 8 orang guru ditugaskan mengajar 150 orang
murid.
Pada awal tahun 1967 sebuah lagi bangunan kekal didirikan di
atas Lot 898, Mukim 9 yang mengandungi 4 bilik darjah, 1 bilik guru besar dan 4
buah bilik air. Bangunan ini dilengkapi dengan bekalan elektrik dan dipagar. Guru
ditambah menjadi 12 orang termasuk seorang guru agam dan guru Bahasa Inggeris
dengan bilangan murid seramai 369 orang termasuk 10 orang murid India.
Pada tahun 2002, dua buah bangunan baru SKSP PBA 2025 dibina
bagi menggantikan bangunan lama yang telah dirobohkan. Bangunan ini dilengkapi
dengan prasarana asas untuk keselesaan dan kemudahan guru-guru dan murid-murid.
0 comments:
Post a Comment